Kebaikan dan keburukan ppsmi
KEBAIKAN
1. Kita melahirkan generasi yang mampu bersaing dalam mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Luar Negara yang terkemuka kerana mempunyai asas yang kuat dalam Bahasa Penghantar Antarabangsa ini. Ini akan dapat menampung kekurangan tenaga kerja yang profesional dalam semua bidang di negara ini, yang mana bidang berkenaan tidak di ajar di mana-mana universiti tempatan.
2. Dari segi kerjaya, kita menyediakan pelajar kita untuk mampu bersaing dalam mancari perkerjaan kerana menguasai lebih banyak bahasa mampu memberikan peluang yang lebih cerah jika dibandingkan jika hanya menguasai Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dan sedikit perkataan 'yes','no','alright' dan 'thank q'. Majikan di Malaysia lebih suka mengaji orang yang sebegitu.
3. Anak-anak kita atau pelajar-pelajar kita juga boleh berkongsi ilmu berbahasa Inggeris dengan masyarakat tempatan, secara tidak langsung kita juga berjaya memperkayakan ilmu masyarakat kita. Ini adalah pendidikan secara tidak langsung. Tidak perlu tergesa-gesa atau dalam skop yang besar, cukup sekadar kepada tokwan, tok aki, mak su dan lain-lain.
4. meningkatkan penguasaan BI pelajar untuk berkomunikasi secara berkesan.
5. Dan tentulah untuk menguasai sesuatu bidang ilmu. Untuk mempelajari sesuatu ilmu itu, kita kena mempelajari bahasa penghantar ilmu itu sendiri. Umpama kita belajar agama, kalau nak menguasai agama kita kena belajar tulisan Jawi dulu. Ini kita kena faham, kita masih bergantung teknologi. Untuk mendapatkan atau menggunakan teknologi itu kita kena tahu bahasa pengantaranya. Lain cerita jika kita boleh mencipta teknologi sendiri seperti negara Jepun, dimana penduduknya tak perlu susah-susah belajar bahasa asing.
6.menggalakkan pelajar meluaskan pembacaan dalam pelbagai bahasa untuk menambah ilmu
KEBURUKAN
1. Dalam pelajaran, kebanyakan pelajar bumiptera lemah dalam tiga subjek, iaitu;
i/ Bahasa Inggeris
ii/ Matematik
iii/ Sains
PPSMTI suatu hari nanti akan menjadi pembunuh utama di Malaysia selepas penyakit jantung. Walaupun setiap tahun keputusan peperiksaan awam di Malaysia (PMR,SPM dan STPM) menunjukkan peningkatan dari segi peratusan lulus, ini tidak manunjukkan apa-apa tentang tahap penguasaan pelajar kita dalam PPSMI kerana gred lulus untuk sesuatu subjek itu kita boleh kurangkan atau tingkatkan. Apatah lagi, sekarang markah lulus dikurangkan kepada 40% dari 45%.
2. Kita menghabisan banyak peruntukan untuk melatih guru-guru Sains dan Matematik supaya boleh mengajar dalam bahasa Inggeris. Saya rasa tidak berjaya. Ramai guru lebih gemar mengajar dalam Bahasa Melayu walaupun teks disediakan dalam BI. Tindakan memberikan imbuhan atau elaun kepada guru-guru PPSMI juga saya rasa tidak banyak membantu. Kita sedar, tujuan elaun itu diberikan adalah untuk dijadikan sumber untuk membayar kos pendidikan guru-guru dalam mempelajari BI, sama ada dengan membeli buku Rujukan BI, atau menghadiri kelas BI.Jika kita betul-betul ingin menjayakan PPSMI atau PPSMTI, kita kena lakukannya dengan teliti, beperingkat dan persediaan yang rapi.
3. mengurangkan minat pelajar untuk mendalami subjek tersebut terutama yang tinggal di luar bandar.
4.ibu bapa hilang minat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berikutan keputusan pembelajaran anak mereka yang merosot.
5.kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tergugat.(menafikan peranandan kemampuan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.
6. kemunduran dalam melahirkan modal insan cemerlang
Haha.....my first post :)
26 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment