04 April 2009

Economics Marking Scheme ( IF u follow this scheme u sure fail ur econs:p)

As everyone in upper 6 abraham (especially Ee Ting =.=) is asking me to post the makroekonomi answers, so i will fulfill everyone's wish BUT...
If there is any mistakes, dont blame me but please correct it in the comment or chat box so OK??

STPM 2008
a) KDNK benar mengambil kira perubahan tingkat harga umum dan dapat mengukur pendapatan kuantiti barang dan perkhidmatan yang sebenar.
b) 2005: % sektor utama 15.22%
% sektor kedua 34.23%

2006: % sektor utama 15.12%
% sektor kedua 33.97%
c) Kadar pertumbuhan ekonomi 2005 = (KDNK2005-KDNK2004)/KDNK2004 x 100%
= 5.00%
2006 = 5.49%
d) KDNK benar per kapita = KDNK / jumlah penduduk
2004: RM9723.37 perpenduduk
2005: RM10003.64 per penduduk
2006: RM10350.75 per penduduk
Arah aliran : KDNK benar per kapita meningkat setiap tahun dari tahun 2004 hingga 2006.

e) menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK negara.
Petunjuk perubahan struktur ekonomi

STPM 2007
a) pertambahan nilai satu barang apabila barang tersebut melalui setiap peringkat proses pengeluaran.
b) Membalak di hutan RM100
Menggergaji balak menjadi papan RM ( 250- 100 ) = RM150
Membuat pelbagai perabot RM( 500 - 250 ) = RM 250
Jualan runcit perabot RM(800 - 500 ) = RM 300
c) Jumlah nilai tambah = RM 100 + RM 150 + RM 250 + RM 300
= RM 800
= nilai jualan runcit perabot
d) Sektor utama - membalak di hutan
Sektor kedua - Menggergaji balak menjadi papan dan membuat pelbagai perabot
Sektor ketiga - Jualan runcit perabot
e) Sektor utama - RM 100
Sektor kedua - RM 400
Sektor ketiga - RM 300

STPM 2005
a) Pendapatan persendirian - jumlah pendapatan yang diterima oleh individu sesebuah negara daripada kegiatan produktif dan tidak produktif dalam setahun

Formula : Pendapatan persendirian = pendapatan negara + faedah atas pinjaman kerajaan + faedah atas pinjaman pengguna + bayaran pindahan - Caruman KWSP- cukai pendapatan syarikat - untung tertahan
Pendapatan boleh guna- pendapatan persendirian yang boleh dibelanjakan atau ditabungkan.
Formula: Pendapatan boleh guna = pendapatan persendirian - cukai pendapatan individu
b) Pendapatan persendirian = RM 80800
Pendapatan boleh guna = RM 71300
c) Pendapatan perkapita = Jumlah pendapatan negara / jumlah penduduk
= RM 97200/12
= RM 8100 per penduduk
d) Pendapatan negara benar = 100/150 x RM97200
= RM 64 800
e) Pendapatan per kapita yang bertujuan untuk mengukur taraf hidup negara pada sesuatu tahun dan membuat perbandingan antara negara atau masa.
Dapat mengukur kadar pertumbuhan ekonomi dalam setahun untuk menentukan sama ada pencapaian ekonomi bagi sesuatu tempoh memuaskan atau tidak.

STPM 2003 ( Jawapan berdasarkan Buku Longman - if asnwers are wrong, blame to Longman)
a) pendapatan faktor bersih luar negara ialah pendapatan faktor dari luar negara tolak pembayaran faktor ke luar negara.
b) i) 2000: 190324 - 209365 = - RM 19041 juta
2001: 195052 - 213585 = - RM 18 533 juta
ii) kedua-duanya bernilai negatif menyebabkan KNK < KDNK dan aliran keluar mata wang yang banyak. Kesannya nilai mata wang tempatan merosot dan imbangan pembayaran bertambah buruk.
iii) Kadar pertumbuhan ekonomi berasaskan KDNK : 2.02%
KNK : 2.48%
iv) KDNK lebih sesuai kerana KDNK menunjukkan pertambahan output dalam negara berkenaan.

No comments:

Post a Comment